10 Muzium Terbaik di Pulau Pinang Untuk Diterokai

 Penang Attraction
Posted by Preciuos on 15 Apr 2025

Pulau Pinang sering menjadi destinasi pilihan untuk tarikan terkenal, pantai yang indah, seni jalanan yang meriah dan pastinya makanan jalanan yang lazat! Namun, satu perkara yang sering terlepas pandang ialah muzium-muziumnya yang pelbagai, yang menawarkan pengalaman pendidikan dan hiburan untuk orang dewasa dan kanak-kanak. Jika anda sedang mencari muzium terbaik di Pulau Pinang, berikut ialah panduan 10 muzium terbaik untuk diterokai.

1. Straits and Oriental Museum

muzium terbaik di pulau pinang straits and oriental museum

Sumber: somuseum.asia

Terletak di Stewart Lane, George Town, muzium ini merupakan muzium pertama di Pulau Pinang yang mempamerkan artifak Cina yang jarang ditemui dari Dinasti Han hingga Dinasti Qing dan Republik China, termasuk seramik kapal karam. Muzium tersembunyi ini menawarkan pengalaman bersejarah, artistik dan budaya yang unik.

Alamat: 20, Stewart Ln, Georgetown, 10200 George Town, Pulau Pinang
Waktu operasi: Isnin - Ahad, 10 pagi - 6 petang

2. Galeri Seni Negeri Pulau Pinang

muzium terbaik di pulau pinang galeri seni negeri pulau pinang

Sumber: Facebook

Galeri Seni Negeri Pulau Pinang atau Penang State Art Museum menampilkan koleksi seni moden dan kontemporari daripada artis tempatan dan serantau sejak 1965 hingga kini. Termasuk lukisan, fotografi, seni persembahan, filem, dan banyak lagi.

Alamat: Jalan Tun Syed Sheh Barakbah, George Town, 10200 George Town, Pulau Pinang
Waktu operasi: Isnin - Ahad, 9 pagi - 5 petang (Tutup Jumaat)

3. Asia Camera Museum

muzium terbaik di pulau pinang muzim asia camera

Sumber: asiacameramuseum.com

Untuk peminat fotografi! Muzium ini di Lebuh Armenian menampilkan lebih 1000 kamera vintaj dan aksesori dari seluruh dunia seperti Jerman, Jepun, Amerika dan Sweden.

Alamat: Tingkat 1, 71, Lebuh Armenian, Georgetown, 10200 George Town, Pulau Pinang
Waktu operasi: Isnin - Ahad, 10 pagi - 6 petang

4. Wonderfood Museum

muzium terbaik di pulau pinang muzium makanan

Sumber: Facebook

Muzium makanan pertama di Pulau Pinang! Menampilkan replika makanan gergasi yang realistik seperti Laksa, Ais Kacang dan Kuih Nyonya, sangat sesuai untuk bergambar dan belajar tentang makanan tradisional di Malaysia dan makanan luar. 

Tempah tiket Wonderfood Museum dengan Penangbook hari ini.

Alamat: 49, Lebuh Pantai, George Town, 10200 George Town, Pulau Pinang
Waktu operasi: Isnin - Ahad, 9 pagi - 6 petang

5. Colonial Penang Museum

muzium terbaik di pulau pinang penang colonial museum

Sumber: Facebook

Terletak dalam sebuah banglo warisan yang luas dan elegan, muzium ini menampilkan perabot antik dan seni kolonial dari zaman penjajahan British. Jika anda inigin mempelajari dan merasai berada di bilik bertemakan eropah dan perabot antik di zaman penjajahan British, Muzium Colonial Penang ialah muzim untuk dikunjungi!

Alamat: 7, Jln D.S. Ramanathan, Pulau Tikus, 10350 George Town, Pulau Pinang

6. Cool Ghost Museum

muzium terbaik di pulau pinang muzim hantu penang

Sumber: Cool Ghost Museum

Muzium seram yang menampilkan kisah hantu Asia seperti Pontianak, Toyol, dan Orang Minyak. Penuh dengan prop seram dan bilik bertema, muzum hantu ini ialah antara muzium menarik di Pulau Pinang untuk mengisi masa untuk keluarga yang sukakan pengalaman mendebarkan!

Tempah tiket Cool Ghost Museum dengan Penangbook hari ini.

Alamat: 57, Lebuh Melayu, George Town, 10100 George Town, Pulau Pinang
Waktu operasi: Isnin - Ahad, 10 pagi - 7 petang (Khamis, 9 pagi - 9 malam)

7. Muzium Pinang Peranakan

muzium terbaik di pulau pinang pinang peranakan

Sumber: Facebook

Menampilkan rumah tradisional Baba Nyonya dengan lebih 1000 koleksi antik, muzium ini memberi gambaran jelas tentang gaya hidup dan budaya masyarakat Peranakan 100 tahun dahulu.

Alamat: 29, Church St, Georgetown, 10450 George Town, Pulau Pinang

8. Muzium TeddyVille Kingdom

muzium terbaik di pulau pinang muzium teddyville kingdom

Sumber: Facebook

Muzium berasaskan teddy bear pertama di Malaysia. Menampilkan koleksi teddy bear dari seluruh duniam sangat sesuai untuk keluarga dengan anak kecil!

Alamat: Tingkat 1 & 2, PENANG BAZAAR, Jalan Penang, 10050 George Town, Pulau Pinang

Waktu operasi: Isnin - Ahad, 10 pagi - 7 petang

9. George Town Mansion

muzium terbaik di pulau pinang georgetown mansion

Sumber: Facebook

Bukan sekadar muzium, mansion ini memaparkan sejarah Pulau Pinang termasuk budaya Baba Nyonya dan Melayu. Lawatan berpandu membantu pelawat memahami warisan negeri ini.

Alamat: 23, Lebuh Clarke, George Town, 10050 George Town, Pulau Pinang
Waktu operasi: Isnin - Ahad, 9 pagi - 5 petang (Tutup Jumaat)

10. Muzium Kaca Pulau Pinang (Glass Museum Penang)

muzium terbaik di pulau pinang muzim kaca penang

Sumber: Facebook

Muzium kaca pertama di Malaysia! Pelawat boleh melihat rekaan kaca unik, mencipta seni kaca sendiri, dan bergambar di cermin kaleidoskopik serta "hutan" bercahaya.

Tempah tiket Glass Museum Penang dengan Penangbook hari ini.

Alamat: 6, Wisma Cheok Holdings, Jalan Burma, George Town, 10050 George Town, Pulau Pinang
Waktu operasi:
Isnin - Jumaat: 9.30 pagi - 6 petang
Sabtu: 9.30 pagi - 5 petang
Tutup: Ahad

Penutup

Dengan pelbagai muzium yang unik dan menarik untuk diterokai di Pulau Pinang, pasti ada sesuatu untuk setiap ahli keluarga, daripada sejarah Pulau Pinang hingga pengalaman interaktif yang menyeronokkan. Jadikan percutian anda lebih selesa dengan sewa kereta di Pulau Pinang bersama Penangbook!

Penangbook menawarkan kereta sewa yang selesa dengan harga terbaik supaya anda boleh meneroka Pulau Pinang dengan mudah dan mengikut jadual anda sendiri. Tempah kereta sewa anda hari ini dan mulakan percutian impian anda di pulau yang menakjubkan ini!

Featured Post


Things to do in Penang
13 Jan 2025


Recent Post


Things to do in Penang
14 Apr 2025

Car Rental Penang
26 Mar 2025