ESCAPE Penang Theme Park
Gambaran keseluruhan
ESCAPE Penang adalah satu tarikan utama di Pulau Pinang. Taman ini menawarkan gabungan aktiviti luar yang mendebarkan dan pengalaman memacu adrenalin di tengah-tengah kehijauan semula jadi. Terletak hanya 30 minit dari George Town, ESCAPE Penang adalah tempat untuk mereka yang mencari keseronokan dan aktiviti lasak, menjadikannya sebuh destinasi luar dari kesibukan bandar.
Dengan pelbagai aktiviti mesra untuk semua golongan, ESCAPE Penang adalah tempat yang sesuai untuk mengeratkan hubungan bersama rakan, keluarga, atau rakan sekerja semasa sesi team building! Terletak di dalam hutan yang tenang di Teluk Bahang, tempat ini lebih daripada sekadar taman tema, ia adalah syurga untuk peminat aktiviti luar yang ingingkan suasana semula jadi.
Apa yang Menanti Anda di ESCAPE Penang
- ESCAPE Penang mempunyai lebih daripada 40 tarikan dan aktiviti mendebarkan, menjadikannya destinasi yang sesuai untuk semua—daripada keluarga yang mencari hari yang menyeronokkan hingga pencinta adrenalin yang mengejar cabaran seterusnya. Aktiviti di sini direka untuk semua peringkat umur dan kemampuan fizikal.
- Temui gelongsor air terpanjang di dunia dengan panjang 1,111 meter yang diiktiraf dalam Guinness World Records.
- Nikmati pengalaman seronok di bawah Baldi Tumpah Terbesar Dunia.
Tarikan Menarik di ESCAPE Penang
- Gravityplay: Rasai keseronokan aktiviti zipline, memanjat tembok batu, dan pelbagai aktiviti tinggi yang mencabar.
- Waterplay: Hilangkan kepenatan dengan gelongsor air yang mendebarkan dan kawasan percikan yang menyeronokkan.
- Adventureplay: Uji keupayaan anda di laluan rintangan mencabar dan labirin yang menguji kemahiran.
- Familyplay: Aktiviti mesra keluarga yang menyeronokkan untuk semua peringkat umur.
- Berkhemah: Nikmati pengalaman berkhemah di kem ESCAPE Penang dan bersantai dengan sesi BBQ sambil unggun api menyala.
Penat dengan aktiviti lasak? Segarkan diri anda dengan pelbagai aktiviti air yang menyeronokkan di kawasan air taman ini. ESCAPE Penang menggalakkan pengunjung dari semua peringkat umur untuk berhubung dengan alam semula jadi melalui aktiviti yang menyeronokkan dan mencabar yang akan menguji had kemampuan anda serta meninggalkan kenangan yang abadi. Sama ada anda meluncur di antara pokok-pokok dengan zipline, mencuba rintangan yang mendebarkan, atau sekadar menikmati keindahan alam sekitar, setiap sudut taman ini menjanjikan pengalaman yang tidak dapat dilupakan.
Sedia untuk memulakan pengembaraan seterusnya? Tempah tiket anda ke ESCAPE Penang sekarang bersama Penangbook untuk hari penuh keseronokan, gelak tawa, dan pengembaraan!
ESCAPE Penang Theme Park Pakej Tersedia
Basic Admission
Lihat Butiran
RM 202.00
Tarikan
Null
Maklumat Tambahan
- Dapatkan pengesahan segera selepas tempahan. Jika anda tidak menerima pengesahan tempahan, sila hubungi kami dengan segera.
- Sila ambil perhatian bahawa kehilangan tiket anda adalah di bawah tanggungjawab anda sepenuhnya.
- Escape Penang dibuka dari Selasa hingga Ahad, dari pukul 10:00 pagi hingga 6:00 petang.
- Bawa pakaian renang yang sesuai, topi, cermin mata hitam, pelindung matahari, tuala, pakaian ganti, kasut sukan, dan pakaian ringan yang selesa untuk aktiviti sukan.
- Pengunjung digalakkan untuk membaca Peraturan Taman yang jelas dipaparkan di pintu masuk taman dan dijangka mematuhinya. Kegagalan membaca Peraturan Taman tidak melepaskan tanggungjawab pengunjung.
- Masuk percuma untuk kanak-kanak di bawah umur 3 tahun. Tiket kanak-kanak berumur 4-12 tahun mesti ditemani oleh seorang dewasa yang membayar.
- Kami akan mengeluarkan tiket pada tarikh lawatan yang dipilih. Sila hubungi pasukan khidmat pelanggan kami untuk memastikan proses penebusan berjalan lancar.