10 Tarikan Menarik di Pulau Pinang Bersama Keluarga

 Things to do in Penang
Diterbit oleh Preciuos on 24 Jan 2025

Tiada yang lebih menggembirakan daripada bercuti bersama keluarga ke destinasi seperti Pulau Pinang! Jika anda menggemari makanan lazat, meneroka budaya unik, dan mengagumi keindahan landskap, Pulau Pinang adalah destinasi ideal untuk melancong bersama keluarga. Terdapat pelbagai tarikan dan tempat menarik di Pulau Pinang. Berikut adalah beberapa cadangan kami:

1. Entopia by Penang Butterfly Farm

tarikan menarik di pulau pinang entopia butterfly farm

Terletak di Teluk Bahang, Entopia adalah salah satu tarikan menarik di Pulau Pinang untuk keluarga yang ingin dikelilingi alam semula jadi. Lebih 15,000 rama-rama dari lebih 60 spesies berterbangan di sekitar taman ini. Di sebalik itu, kanak-kanak juga boleh menyertai bengkel pendidikan untuk mempelajari lebih lanjut mengenai seranggan, rama-rama dan hidupan reptila serta fungsi mereka dalam ekosistem kehidupan. Selain itu, terdapat pelbagai hidupan lain seperti lipan dan serangga rantin, dan banyak lagi untuk diterokai. 

Alamat: 830, Jalan Teluk Bahang, Teluk Bahang, 11050 Tanjung Bungah, Pulau Pinang
Waktu Operasi: Isnin hingga Ahad, 9 pagi hingga 5 petang

Tempah tiket Entopia Penang di Penangbook hari ini.

 

2. Kek Lok Si Temple

tarikan mnarik di Pulau Pinang Kek Lok Si Temple

Sumber:  https://hotel.burmahtel.com/event/kek-lok-si-temple/

Kuil Kek Lok Si adalah tarikan wajib di Pulau Pinang kerana kuil ini dikenali sebagai kuil Buddha terbesar di Asia Tenggara. Saksikan infrastruktur Pagoda Rama VI yang dibina tujuh tingkat dan patung Dewi Kuan Yin setinggi 82.7 meter. Anda mungkin perlu mendaki beberapa anak tangga untuk ke puncak untuk mendapatkan pemandangan yang terbaik, tetapi sebagai alternatif, anda juga boleh menaiki tram dengan bayaran tambahan.

Alamat: Jalan Balik Pulau, 11500 Ayer Itam, Pulau Pinang
Waktu Operasi: Isnin hingga Ahad, 8.30 pagi hingga 5.30 petang

 

3. ESCAPE Penang

tarikan menarik di Pulau Pinang ESCAPE Penang

Source: https://www.escape.my 

Untuk mereka yang mencari tarikan lebih mencabar di Pulau Pinang, anda tidak boleh melepaskan peluang melawat ESCAPE Penang! Taman eco-pengembaraan ini menawarkan pelbagai aktiviti menyeronokkan untuk semua peringkat umur, seperti gelongsor air terpanjang di Malaysia dan flying fox. Terdapat juga tunggangan khas untuk kanak-kanak seperti memanjat pokok.

Alamat: 828, Jalan Teluk Bahang, Teluk Bahang, 11050 Tanjung Bungah, Pulau Pinang
Waktu Operasi: Isnin hingga Ahad, 10 pagi hingga 6 petang

Tempah tiket ESCAPE Penang di Penangbook hari ini.

 

4. Pinang Peranakan Mansion

tarikan menarik di Pulau Pinang Pinang Peranakan Mansion

Sumber: https://en.wikipedia.org/wiki/Pinang_Peranakan_Mansion

Pinang Peranakan Mansion adalah sebuah muzium yang mempamerkan warisan Peranakan Pulau Pinang. Muzium ini juga dikenali sebagai Cina Selat. Di sini anda boleh melihat pelbagai barangan bersejarah dan antik, berseni, barang kemas, dan banyak lagi. Kanak-kanak boleh mempelajari tentang budaya di Pulau Pinang dan membeli cenderamata seperti mainan.

Alamat: 29, Church St, Georgetown, 10200 George Town, Pulau Pinang
Waktu Operasi: Isnin hingga Ahad, 9.30 pagi hingga 5 petang

 

5. Tech Dome Penang

tarikan menarik di Pulau Pinang Tech Dome Penang

Anda patut memasukkan Tech Dome Penang dalam jadual perjalanan anda di Pulau Pinang jika anda meminati sains dan teknologi. Tarikan ini mempamerkan lebih daripada 120 pameran yang meliputi topik seperti tenaga boleh diperbaharui, robotik, dan banyak lagi. Kanak-kanak pasti suka pengalaman berlungsur di G-Drop Slide, gelongsor menegak pertama di dunia.

Alamat: Aras 4 & 5, KOMTAR, Geodesic Dome, Jalan Penang, 10000 George Town, Pulau Pinang
Waktu Operasi: Isnin hingga Ahad, 10 pagi hingga 7 petang

Tempah tiket Tech Dome Penang di Penangbook hari ini.

 

6. The Habitat Penang Hill

tarikan menarik di Pulau Pinang The Habitat Penang Hill

Hayati keindahan alam semula jadi di The Habitat Penang Hill, di mana anda boleh berjalan di atas laluan kanopi, mengagumi kehijauan dari platform atas pokok, dan melihat pelbagai flora serta fauna. Di tarikan ini, anda juga boleh melihat pelbagai spesies rama-rama, tumbuhan, dan pelbagai jenis spesis burung di sekitar Bukit Bendera. Jika anda tidak boleh berjalan jauh, anda boleh menaiki buggy secara percuma, sesuai untuk warga emas dan orang kurang upaya. 

Alamat: C7G9+69, Bukit Bendera, 11300 Bukit Bendera, Pulau Pinang
Waktu Operasi: Isnin hingga Ahad, 9 pagi hingga 9 malam

Tempah tiket The Habitat Penang Hill di Penangbook hari ini.

 

7. Tropical Spice Garden

tarikan menarik di Pulau Pinang Tropical Spice Garden

Terletak di Teluk Bahang, Tropical Spice Garden adalah tarikan wajib untuk pencinta alam semula jadi di Pulau Pinang, dengan lebih daripada 500 spesies tumbuhan, herba, dan rempah ratus untuk diterokai. Ambil gambar yang menarik di buaian buluh atau rehatkan kaki anda di kolam ikan. Melancong bersama keluarga pasti lebih seronok sambil mempelajari tentang pelbagai flora di Malaysia.

Alamat: Lot 595 Mukim, 2, Jalan Teluk Bahang, Teluk Bahang, 11050 George Town, Pulau Pinang
Waktu Operasi: Isnin hingga Khamis, 9 pagi hingga 4.30 petang. Jumaat hingga Ahad, 9 pagi hingga 6 petang

Tempah tiket Tropical Spice Garden di Penangbook hari ini.

 

8. The Top Penang

 tarikan menarik di Pulau Pinang The Top Penang

Sumber: https://www.thetoppenangtickets.com/

The Top Penang adalah tarikan sesuai untuk semua peringkat umur, dengan banyak aktiviti menyeronokkan. Anda boleh membawa kanak-kanak melawat Jurassic Research Centre untuk pengembaraan dinosaur atau ke akuarium untuk mempelajari hidupan marin. Cabar diri anda berjalan di Rainbow Skywalk, laluan kaca terbuka di tingkat 68, untuk menikmati pemandangan bandar Pulau Pinang yang di bawah kaca lutsinar.

Alamat: 1, Jalan Penang, 10000 George Town, Pulau Pinang
Waktu Operasi: Ahad hingga Isnin, 10 pagi hingga 10 malam. Selasa, 10 pagi hingga 7 malam

 

9. Batu Ferringhi 

tarikan menarik di Pulau Pinang Batu Ferringhi Beach

Sumber: Batu Ferringhi Beach

Percutian di Pulau Pinang tidak lengkap tanpa melawat Batu Ferringhi. Kanak-kanak boleh berseronok membina istana pasir, dan jika mereka cukup besar, mereka boleh mencuba sukan air seperti jet ski atau menaiki banana boat. Jangan lupa untuk menyaksikan matahari terbenam yang indah di pantai ini sambil makan-makan di restoran dan gerai berdekatan!

Alamat: Jalan Batu Ferringhi, Batu Ferringhi, 11100 George Town, Pulau Pinang

 

10. Penang Street Art

tarikan terbaik di Pulau Pinang Penang Street Art

Sumber: Penang Street Art
 

Tiada yang menggambarkan budaya dan gaya hidup orang Penang lebih baik daripada Penang Street Art! Mural-mural ini memaparkan sejarah dan seni unik di Pulau Pinang, menjadikannya lokasi yang sempurna untuk menangkap gambar estetik. Mural paling popular ialah ‘Kids on Bicycle’, jadi pastikan anda mengambil gambar bersama keluarga di sini dan menghargai jasa artis-artis tempatan yang mencurahkan karya yang cantik untuk menghias sejarah di Pulau Pinang!

Alamat: 316, Beach St, Georgetown, 10300 George Town, Pulau Pinang

 

Kesimpulan

Tidak diragukan lagi, Pulau Pinang menawarkan pelbagai tarikan dan makanan untuk mereka yang mencari percutian yang menyeronokkan dan santai. Untuk menjadikan percutian anda lebih mudah diingati, sewa kereta di Pulau Pinang bersama Penangbook untuk melawat semua tarikan menarik di Pulau Pinang ini! Dengan cara ini, anda boleh menikmati percutian tanpa perlu risau tentang masalah pengangkutan!

 

Artikel Terkini