Matta Fair Pulau Pinang 2025: Panduan, Jadual, & Tarikh

 Things to do in Penang
Diterbit oleh Preciuos on 15 Apr 2025

Mulakan perancangan percutian anda dengan  MATTA Fair Pulau Pinang 2025! Matta Fair menghimpunkan tawaran percutian terbaik, pakej eksklusif dan pelbagai aktiviti menarik. Jika anda bercadang untuk ke Matta Fair Pulau Pinang 2025, berikut ialah panduan lengkap termasuk tarikan utama, lokasi dan tarikh!

 

Matta Fair - Pesta Pelancongan

Matta Fair merujuk kepada Malaysian Association of Tour and Travel Agents (MATTA) dan diadakan setiap tahun di hampir semua negeri termasuk Pulau Pinang. Pengunjung boleh mendapatkan tawaran eksklusif dari agensi pelancongan, syarikat penerbangan, hotel, syarikat pelayaran dan juga badan pelancongan tempatan serta antarabangsa.

 

Matta Fair Pulau Pinang 2025

Matta Fair Pulau Pinang kembalio pada 24 – 25 Mei 2025 di Setia SPICE Arena. Edisi 2024 mencatat kejayaan besar dengan 85,860 pengunjung dan jualan mencecah RM78 juta. Dengan kedudukan strategik Pulau Pinang dan sambungan antarabangsa yang kukuh, pesta ini terus menarik pelancong tempatan dan antarabangsa sekaligus memperkukuh reputasi Pulau Pinang sebagai persta pelancongan terbesar di utara Malaysia.

Sebagai pameran Matta Fair kedua terbesar di Malaysia selepas acara utama di MITEC, Kuala Lumpur, edisi tahun ini menjanjikan pengalaman yang lebih besar dan meriah dengan lebih 300 pameran dari pelbagai destinasi tempatan dan antarabangsa.

Menurut Pengerusi Penganjur Matta Fair Pulau Pinang 2025, Datuk Hamzah, terdapat potensi untuk meningkatkan jumlah gerai kepada 330 gerai, bergantung kepada permintaan yang tinggi.

 

Apa Yang Baru di Matta Fair 2025?

Tahun ini, tarikan utama ialah pelancaran Zon Domestik, yang menawarkan pakej pelancongan tempatan eksklusif sebelum pengunjung menerokai pakej antarabangsa. Inisiatif ini islah untuk menyokong kempen Visit Malaysia 2026 dan mempromosikan pelancongan domestik.

 

Tarikan di Matta Fair Pulau Pinang 2025

✈ Tawaran & Diskaun Pelancongan

Pengunjung boleh menikmati tawaran hebat dan diskaun besar untuk tiket penerbangan dari syarikat seperti Malaysia Airlines, AirAsia, Batik Air, tempahan hotel, pelayaran dan tiket tarikan. Banyak tawaran terhad hanya tersedia semasa pameran ini.

🧳 Pakej Eksklusif

Dari pakej bulan madu, pelancongan mesra Muslim hingga percutian bebas dan mudah, anda juga boleh menjumpai pakej tersuai untuk kumpulan dengan bonus seperti naik taraf hotel dan aktiviti tambahan.

🎁 Cabutan Bertuah

Tempah pakej semasa pameran dan anda berpeluang menang hadiah menarik seperti tiket penerbangan, penginapan hotel, dan peralatan perjalanan. Pastikan anda mendaftar dan simpan resit pembelian!

🎉 Hadiah Percuma

Terdapat pelbagai hadiah percuma dari booth pameran seperti beg tote, aksesori pelancongan, baucar dan makanan ringan. Ia menambahkan keseronokan semasa anda melawat pameran.

 

Jadual & Lokasi Matta Fair Pulau Pinang 2025

📍 Lokasi: Setia SPICE Arena
📅 Tarikh: 24 – 25 Mei 2025 (Sabtu & Ahad)
🕙 Masa: 10 pagi – 9 malam
🎫 Kemasukan: Percuma

Bersiap sedia untuk hujung minggu yang penuh dengan tawaran pelancongan eksklusif, diskaun hebat dan aktiviti menarik daripada lebih 300 gerai pameran!

 

Pendaftaran Booth Matta Fair Pulau Pinang 2025

Sekiranya anda adalah agensi pelancongan, vendor pelancongan atau lembaga pelancongan, daftar gerai pameran anda:

  • Pemeran Booth: Domestik dan Antarabangsa
  • Tarikh Mula Pendaftaran: 17 Februari 2025, jam 10 pagi
  • Tarikh Tamat Pendaftaran: 30 April 2025, jam 5 petang (atau sehingga semua gerai terjual)
  • Harga Pendaftaran: RM300

 

Lawati laman rasmi MATTA Fair untuk pendaftaran di sini. 

Nota: Pendaftaran tidak menjamin penyertaan. Muat turun Exhibitor Kit untuk maklumat lebih lanjut mengenai pendaftaran booth. 

 

Rancang Percutian Anda Hari Ini!

Apa jua perancangan percutian anda, MATTA Fair Pulau Pinang 2025 adalah tempat terbaik untuk mendapatkan tawaran eksklusif dan pakej pelancongan yang sukar ditandingi. Tandakan tarikh anda dan bersiap untuk meneroka dunia dengan harga yang lebih menjimatkan!

Jangan lupa untuk terokai pelbagai tarikan menarik seperti Entopia Penang dan Muzium Makanan di Pulau Pinang semasa anda berada di sana. Sewa kereta di Pulau Pinang melalui Penangbook untuk perjalanan yang lebih fleksibel dan mudah bersama orang tersayang.

Tempah kereta sewa anda hari ini dan rancang percutian impian anda!

 

Artikel Terkini



Things to do in Penang
24 Jan 2025